DEMONSTRASI BUDAYA NEGARA DEMOKRASI
Oleh:
Amin Iskandar
Perdebatan tentang demonstrasi jalanan kembali hangat apabila Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Haji Hadi Awang menyatakan dalam ucapan penutup dalam Muktamar PAS Pusat ke-52, bahawa beliau menggalakkan ahli parti PAS untuk menyertai demonstrasi sebagai salah satu cara menyatakan protes kepada kerajaan.
Selain daripada itu, beliau juga berkata amalan demokrasi menghalalkan demonstrasi.
Kenyataan Hadi ini telah mendapat respons daripada pelbagai pihak termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Hadi yang terkenal dengan “Amanat Hadi “sekitar tahun 1980an dulu telah sekali lagi menggegarkan pimpinan UMNO dan Barisan Nasional dalam isu demonstrasi ini.
Kebanyakkan pimpinan UMNO dan Barisan Nasional marah dengan Hadi kerana dilihat sebagai menggalakkan keganasan di kalangan ahli parti PAS. Malahan Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Fu Ah Kiow juga melenting dan menyatakan bahawa, “Saya mengingatkan mereka (ahli PAS) agar jangan menyalahkan polis jika tindakan diambil kerana ketenteraman awam perlu diberi keutamaan.”
Menteri Besar Melaka, Datuk Seri Ali Rustam juga memberikan komen berhubung dengan kenyataan Hadi dengan menyatakan bahawa, “It reflects badly on them (PAS), wanting to resort to violence to get what they want,” katanya kepada wartawan di Melaka.
Malahan Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dengan bangganya berkata, ‘‘Kita dalam UMNO setakat mana yang kita mampu, kita takkan benarkan budaya seperti itu, ia tidak sesuai dengan budaya kita dan tidak dapat dimanfaatkan oleh masyarakat yang hari ini stabil dan padu serta ingin melihat kepada keharmonian negara .”
Mungkin beliau telah lupa bahawa datuknya, Datuk Onn Bin Jaafar telah “menghasut” orang Melayu pada tahun 1946 untuk menentang gagasan Malayan Union yang diperkenalkan oleh penjajah British pada waktu itu. Malahan pada 10 Febuari 1946, Onn Jaafar telah memimpin 15 000 orang Melayu untuk membantah Malayan Union di Batu Pahat, Johor.
Walaupun isu ini sering menjadi perdebatan antara badan bukan kerajaan, parti pembangkang dan kerajaan, adalah perlu untuk membuka semula perbincangan mengenai isu demonstrasi ini agar rakyat faham dan tidak mudah dimanipulasi oleh media arus perdana.
Tun Musa Hitam, sewaktu menjadi Pengerusi Suhakam pada tahun 2001 dulu pernah menyatakan sokongan terhadap demonstrasi aman. Kenyataan beliau ini juga pernah menyebabkan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional melenting.
Dalam artikel 10, Perlembagaan Persekutuan Malaysia menyatakan bahawa rakyat Malaysia berhak berdemonstrasi secara aman. Kalau kita lihat di negara-negara maju seperti United Kingdom, ketika demonstrasi anti perang, kadang-kadang mereka dapat menghimpunkan sehingga satu juta orang. Tidak pun keselamatan negara mereka dan ekonomi terjejas. Malahan mereka bertambah maju kerana majoriti rakyat tahu akan hak dan dibenarkan mengkritik secara terbuka.
Mengingati sejarah
Kalau kita menggunakan dasar pandang ke Timur, kita boleh lihat bagaimana liberalnya hak demokrasi di negara-negara seperti Jepun dan Korea Selatan. Korea Selatan yang terkenal di negara kita kerana membantu pembinaan KLCC, jenama Samsung, LG dan kenderaan-kenderaan bermotor seperti Kia dan Hyundai, mendirikan beberapa yayasan untuk memperingati kebangkitan rakyat melalui demonstrasi jalan raya untuk menegakkan demokrasi seperti Yayasan Memperingati Kebangkitan 18 Mei (May 18 Memorial Foundation) dan Yayasan Demokrasi Korea Selatan (Korea Democracy Foundation).
Yayasan-yayasan ini diberikan bantuan kewangan oleh kerajaan Korea Selatan hasil dari kutipan cukai daripada rakyatnya. Setiap tahun, 18 Mei merupakan sambutan kebangsaan bagi penduduk Korea Selatan bagi memperingati pejuang-pejuang demokrasi yang terkorban kerana bangkit melawan pemerintahan diktator tentera yang dipimpin oleh Jeneral Chun Doo Hwan.
Pejuang-pejuang yang mati dalam kebangkitan Gwangju itu telah diangkat sebagai wira dan cerita-cerita mengenai mereka dimuatkan dalam buku-buku sejarah dan menjadi teks bagi sekolah.
Mereka mahu semua rakyat sama ada generasi lama atau generasi baru tahu akan sejarah ini. Selain daripada itu, pemerintah sendiri akan terus diingatkan agar tidak berlaku zalim dan kejam terhadap rakyat agar peristiwa ini tidak akan berulang.
Di Malaysia, kita tidak diajar untuk menghargai sejarah. Malahan seperti disuruh untuk melupakan sejarah. Pejuang-pejuang kemerdekaan seperti Chin Peng langsung tidak dihargai jasanya malahan sehingga kini tidak dibenarkan untuk puylang ke Malaysia.
Begitu juga dengan Dr. Burhanuddin Helmy, Ahmad Boestamam, Rashid Maidin dan ramai lagi begitu sedikit ditulis mengenai sumbangan mereka di dalam buku sejarah di Malaysia.
Sebab itu bangsa Malaysia masih lemah. Rakyat Malaysia tidak pernah diberi peluang untuk hidup sebagai bangsa merdeka walaupun negara telah merdeka pada tahun 1957.
Malahan peratusan “demokrasi negara” menurun secara mendadak semenjak tahun 1957. Contohnya kalau dulu selepas merdeka, kita tidak punyai Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku), tetapi sekarang akta itu mengikat para pelajar universiti daripada terlibat dengan politik dan masyarakat.
Demonstrasi jalanan bukanlah ketinggalan zaman. Demonstrasi jalanan akan terus diamalkan sepanjang zaman oleh rakyat dunia. Demonstrasi jalanan juga merupakan amalan demokrasi yang dipersetujui oleh dunia dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) seperti yang termaktub dalam artikel 20 (1), Deklarasi Antarabangsa mangenai Hak Asasi Manusia (Universal Declaration on Human Rights), “Everyone has the right to freedom of peaceful assembly and association”.
Demonstrasi jalanan juga tidak membelakangkan prinsip demokrasi seperti yang dinyatakan oleh bekas Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC), Datuk Shahrir Samad dalam Utusan Malaysia, 12 Jun 2006 .
Ternyata Datuk Sharir Samad yang dianggap sebagai wira kerana meletakkan jawatan sebagai Pengerusi BBC kerana menyokong usul Lim Kit Siang juga tidak faham akan Deklarasi Antarabangsa mengenai Hak Asasi Manusia.
AMIN ISKANDAR seorang penulis bebas dan kini berada di Gwangju, Korea Selatan untuk bekerja selama satu tahun dengan May 18 Memorial Foundation. Beliau boleh dihubungi di amin.iskandar@gmail.com

0 Comments:
Post a Comment
<< Home