Tuesday, May 23, 2006

SAYA KECEWA... - Tun Dr. M


Tun Dr Mahathir Mohamad menyuarakan perbezaan pendapatnya dengan kepimpinan sekarang mengenai syarikat kereta nasional, Proton, dan isu jambatan separuh, dalam wawancaranya yang akan disiarkan dalam tiga bahagian dengan malaysiakini.

Dr Mahathir Mohamad: Ada beberapa soalan yang saya tidak akan jawab...saya tidak pernah menyukai Malaysiakini.com. Ia sangat kritikal terhadap sebelum ini.

Malaysiakini: Kami hanya menjalankan tugas kami. Kami juga sangat kritikal terhadap kerajaan sekarang...

Ya. Anda memang kritikal terhadap semua orang. Tunggulah hingga anda menubuhkan kerajaan. Nanti orang lain akan berpeluang untuk menghentam anda. Mari kita teruskan (wawancara).

Kita mula dengan soalan yang sentiasa bermain di bibir setiap orang, mengenai Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Tun yang memilihnya sebagai pengganti Tun. Memandangkan Tun dianggap sebagai ‘master’ dan beliau pula sebagai seorang perantis, bagaimanakah penilaian Tun terhadap prestasi beliau selama tiga tahun menjadi Perdana Menteri?

Saya tidak gemar memberi pendapat mengenai prestasi kerajaan kerana ia mungkin menimbulkan kesan negatif, jadi saya tidak akan menjawabnya. Itulah jawapan saya.

Bagaimana dengan beberapa perubahan yang beliau (Abdullah) lakukan terhadap dasar-dasar (semasa pentadbiran) Tun. Adakah ianya memeranjatkan Tun atau memang Tun sudah jangka?


Saya memang menjangka berlaku perubahan dari segi stail (pentadbiran), tetapi dasar-dasar asas patut dikekalkan kerana – selepas mengimbau kembali rekod pentadbiran saya dulu, sudah tentunya, saya juga cuba melakukan sesuatu – (tapi) saya dapati – apabila saya menjadi Perdana Menteri – saya telah memberi jaminan akan meneruskan dasar-dasar asas yang dilaksanakan oleh Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak (Hussein) serta Tun Hussein (Onn), kerana ini adalah kesinambungan (pentadbiran) kerajaan yang sama. Memanglah personaliti berbeza, Perdana Menteri berbeza, tetapi kerajaannya sama. Parti pemerintah juga sama. Anda boleh menyuntik stail dan personaliti anda dalam kerajaan pimpinan anda, (tetapi) kerana ianya adalah kerajaan daripada parti (pemerintah) yang sama,, maka ia sepatutnya konsisten. Jadi, saya percaya yang (pentadbiran) saya adalah konsisten.

Apa yang saya lakukan ialah untuk meningkatkan lagi, contohnya, pertumbuhan (pembangunan) negara. Bagaimana anda mencapai (matlamat) pembangunan tersebut? Sesetengah orang berkata, “kita rangsang pertumbuhan’. Tetapi cakap sahaja memang mudah. Jika kerajaan tidak dapat melaksanakannya, maka anda perlu mencari orang lain melaksanakannya. Sebab itulah kita memutuskan, sebagai contohnya, untuk melaksanakan (dasar) pengswastaan, kerana kerajaan tidak mempunyai wang untuk melaksanakan semuanya sekali yang rakyat mahu kita laksanakan. Jadi, jawapannya adalah pengswastaan. Pengswastaan juga membuka peluang kepada kita untuk meningkatkan pencapaian orang Melayu, Bumiputera, dalam bidang perniagaan. Jadi ianya tidak lari daripada dasar asalnya. Kembangkan pertumbuhan ekonomi, agihkan kekayaan dan majukan negara dan berlaku adil kepada semua golongan masyarakat...(dan) perkara-perkara seumpamanya. Jadi, dasar asasnya masih kekal. Mengenai pelaksanannya, sudah tentulah, jika anda mempunyai idea baru untuk memperbaiki lagi pelaksanaannya, maka anda lakukanlah....

Tetapi, tentang Proton dan jambatan separuh.... tidakkah Tun mereka kecewa kerana perubahan besar telah dilakukan terhadap dasar-dasar yang Tun mulakan itu?

Ya, saya rasa (tindakan) mengurangkan kepentingan Proton...adalah sesuatu yang saya tidak jangkakan. Proton adala sebuah syarikat yang menguntungkan sehinggalah selepas CEOnya (Ketua Pegawai Operasi) diganti. Hari ini, anda membaca laporan bahawa mereka tidak untung, tetapi pada keseluruhanya, kemudahan-kemudahannya adalah sama (seperti sebelumnya). Orang-orangnya yang berlainan dan saya tidak faham (apa yang terjadi) kepada sebuah syarikat yang mampu membina kilang baru berharga RM1.8 bilion tanpa meminjam daripada bank, tanpa meminta bantuan kerajaan...itu satu yang pencapaian luarbiasa bagi sebuah syarikat milik kerajaan. Pada kebiasaannya anda perlukan bantuan (kewangan) daripada kerajaan.

Ketika CEOnya berhenti, ia masih mempunyai RM2.4 bilion tunai. Sekarang, ia kelihatan seperti dalam kerugian, dan kita tidak mendengar (sebarang) laporan mengenai prestasinya. Berapa banyak kereta yang dijual? Adalah ia mencatat keuntungan daripada jualan keretanya? Mengapa ia tidak mampu bersaing, sedangkan sebelumnya ia mampu untuk bersaing? Kita perlu ingat, malah ketika kerajaan membenarkan kemasukan kereta murah ke negara ini, Proton masih dapat menjual (keretanya) dan masih mencatat keuntungan. Tetapisekarang, ia tidak mencatat keuntungan. Dan sudah pastinya, apabila Agusta dijual, maka anda kehilangan kedua-duanya sekali. Sesuatu yang anda beli pada harga RM500 juta, kini ada serahkan begitu sahaja kepada orang lain.

Saya masih bertanya, apakah nama syarikat yang membelinya? Setakat yang saya boleh cari, ianya adalah sebuah syarikat 2 euro yang ditubuhkan pada tahun 2005 dan tujuan penubuhannya hanyalah semata-mata untuk membeli Agusta. Jadi, tentu ada sesuatu bentuk pakatan. Mengapakah orang Italian menubuhkan syarikat ini untuk membeli Agusta, lebih awal sebelum kita tahu yang Agusta akan dijual?

Jadi tidak ada langsung rekod prestasi...

Setakat yang kita dapat kesan, tidak ada langsung rekod prestasinya. Nama syarikat itu agak aneh. Ia dipanggil JV SpA. Ada syarikat bernama JV SpA yang didaftar dengan Pendaftar Syarikat Itali, tetapi ianya syarikat lain sama sekali. Ia terbabit dengan urusan tenaga kerja. Anda boleh memperolehi (maklumat tersebut) di Internet. Ia tidak ada kena mengena dengan pembelian Agusta. Ini...bukanlah sebuah syarikat yang didaftar secara biasa, tetapi ianya adalah nama yang diberikan oleh sebuah firma guaman. Firma guaman itu mencipta entiti ini dan entiti ini membeli Agusta dengan harga 1 euro.

Inilah soalan yang saya sentiasa bertanya, bagaimanakah mereka mengenalpasti orang-orang ini? Bagaimanakah mereka menawarkan syarikat ini pada harga berkenaan? Adakah syarikat ini terbabit dalam industri automatif? Semua perkara ini tidak dijawab. Itulah sebabnya, sebagai penasihat Proton, saya perlu tahu. (Kalau tidak) bagaimana saya hendak memberi nasihat kepada Proton?

Dan Tun mendapat sebarang jawapan mengenainya?

Saya tidak menerima sebarang jawapan. Sebenarnya, ia menyatakan bahawa tidak ada lagi soalan yang perlu ditanya mengenainya. Hari ini, Proton, saya tidak tahu sama asda ianya berjalan dengan baik atau tidak. Ia telah menyiarkan mengenai kerugiannya, tetapi kebelakangan ini, kita tidak mendengar apa-apa lagi (mengenainya).

Adalah Tun kecewakan dengan Datuk Seri) Abdullah Ahmad Badawi?

Saya kecewa dengan apa yang berlaku terhadap Proton.Dan juga jambatan separuh.

Biar saya jelaskan apa yang berlaku dengan Jambatan separuh itu. Ianya telah diluluskan. Saya tidak berbelanja sesuka hati tanpa mendapat kelulusan kabinet. Sudah tentulah, kelulusan tersebut, biasannya, dibuat secara umum, tetapi ianya bukanlah sesuatu yang diluluskan secara prinsip (sahaja). Ianya telah diluluskan. Dan kerja-kerja (pembinaannya) sebenarnya telahpun dimulakan Ianya diberhentikan pada bulan Februari 2004. Ini bermakna, dari bulan Oktober (Dr Mahathir bersara pada 31 Oktober 2003) hingga Februari, kerja-kerja menanam cerucuk sudah berjalan, dan kemudiannya dia diberhentikan.

Nampaknya, ia diberhentikan kerana mereka mahukan sebuah jambatan lurus. Untuk membina jambatan lurus, mereka perlu mendapat persetujuan Singapura. Untuk jambatan separuh atau membina jambatan di sebelah negara kita, Singapura sudahpun menyatakan ia tidak membantah, dan saya mempunyai surat untuk membuktikannya. Sudah tentu, semuanya berada dalam fail kerajaan, tetapi surat-surat tersebut sudah dditerbitkan di Singapura...bukan oleh saya... Jadi mengarutlah untuk mengatakan saya telah melanggar OSA, kerana ianya sudah menjadi pengetahuan umum, yang disiarkan oleh pihak Singapura. Jadi saya mengambil petikannya dari Singapura. Untuk mendapatkan Singapura bersetuju dengan pembinaan jambatan lurus itu, Malaysia bersetuju untuk membekalkan pasir sebanyak 1 bilion juta meter kepada Singapura....

Malaysia yang menawarkannya (bekalan pasir)?

Malaysia menawarkannya, 50 juga meter persegi setahun untuk tempoh selama 20 tahun. Ini akan menjadi keluasan Singapura, satu setengah kali keluasannya sekarang. Keluasan itu sesuai untuk penduduk seramai, mungkin 10 juta orang.

Siapakah yang sebenarnya membuat tawaran tersebut?

Setakat yang saya ingat, tawaran tersebut dibuat oleh Malaysia. Ramai orang dari pihak Malaysia – saya rasa kira-kira 50 orang – yang menghadiri mesyuarat di mana tawaran berkenaan dibuat. Di sebelah pihak Singapura juga seramai 50 orang. Ini sudah menjadi pengetahuan awam. Ramai pihak yang menghadiri mesyuarat tersebut, tahu mengenai tawaran yang dibuat itu.

Ini berlaku selepas tahun 2003?

Ia diadakan selepas (projek) jambatan tersebut diberhentikan pada 2004. This is quite recent. Quite recent. The other offer was, of course, the air space, to be allowed.

Ianya diadakan selepas (pembinaan) projek tersebut dihentikan pada 2004. Hanya baru-baru ini...Satu lagi tawarannya ialah membenarkan penggunaan ruang udara (kita).

Jadi, bukan Singapura yang menuntut semua itu...ianya ditawarkan (oleh Malaysia).

Berdasarkan kepada rekod...dari mereka yang bercakap mengenai perkara ini, saya pasti mereka bercakap berdasarkan kepada rekod yang betul, Ini adalah tawaran Malaysia untuk memujuk Singapura supaya membina jambatan lurus tersebut. Mereka bersetuju.

Masalah timbul apabila Johor mendapat tahu mengenai tawaran tersebut. Johor membantah. Mereka tidak mahu membekalkan pasir kepada Singapura. Mereka tidak mahu ruang udara mereka dipenuh pesawat pejuang dari Singapura. Oleh kerana itu, pihak kerajaan mengambil keputusan tidak akan membina jambatan lurus ataupun jambatan bengkok. Ianya ok, jika anda membuat keputusan untuk tidak membina jambatan lurus. Tetapi apabila anda mengambil keputusan untuk tidak membina jambatan lurus dan tidak mahu pula membina jambatan bengkok di wilayah kita sendiri, maka di situlah kesilapan kita.

Tun kata Malaysia yang sebenarnya membuat tawaran untuk menjual pasir dan kemudiannya apabila Johor membantah, barulah kerajaan memutuskan untuk membatalkannya?

Ya. Itulah yang saya faham.

... (Malaysia) menawarkan apa yang Singapura sudah ada – pasir dan ruang udara – sehinggalah (ianya) diberhentikan pada 1997.

Memang benar. Memang benar. Saya memberhentikan ini penerbangan (pesawat tentera) di ruang udara Johor kerana Singapura tidak mahu bekerjasama dalam usaha menyelesaikan masalah-masalah lain yang kita hadapi dengan mereka, seperti bekalan air, CPF (Tabung Kumpulan Wang Pusat), mengenai (Pulau) Batu Putih, dan semuanya, jadi saya memberhentikannya.

Keduanya, saya memberhentikan penjualan pasir, kerana sebelum ini dilakukan secara persendirian. Jumlah (jualan pasir) tidaklah besar tetapi kita sudahpun dapat melihat yang mereka menggunakan pasir itu untuk kerja-kerja tambakan dan ianya menjejaskan kita. Jadi, kita tidak boleh membantu mereka berbuat sesuatu yang tidak baik bagi kita, (iaitu) penjualan pasir. Jumlahnya adalah kecil, tetapi apabila anda bercakap mengeni satu bilion meter persegi, ia bermakna anda akan menggorek dasar laut, di Mersing dan yang lain-lainnya. Ini akan memusnahkan pembiakan ikan, ia akan memusnahkan kawasan pembiakan ikan, ia akan mengakibatkan pasir di pantai menggelongsor ke laut, ia akan mengakibatkan banyak kerosakan alam sekitar. Kita tidak boleh memberikannya (pasir) kepada mereka.

Juga, kita tidak nampak mengapa, selepas ditipu oleh British supaya menjual Singapura dengan harga RM60,000 – itulah yang dibayar oleh British....sedangkan di Pulau Pinang, (bayarannya) ialah RM10,000. Ia sepatutnya 10,000 matawang Sepanyol setiap tahun. Dan sekali lagi mereka menipu kita kerana tidak membayar 10,000 dalam matawang Sepanyol, tetapi dalam RM10,000. Selepas ditipu sekali, maka kita tidak akan menjual lagi wilayah Malaysia. Pasir itu masih sebahagian daripada Malaysia. Ianya berada dalam laut kita.

Tun membuat kritikan keras terhadap pemimpin tertentu, dengan menyatakan dia telah menjual kepentingan Malaysia berhubung tawaran menjual pasir ini. Siapakah pemimpin yang Tun maksudkan itu?

(Merujuk) secara umum.

Tidak ada pemimpin tertentu?

Tidak(ada pemimpin tertentu). Anda mempunyai hak untuk melakukan apa-apa pun dalam negara anda sendiri dan apa yang dipanggil Jambatan Bengkok itu terletak dalam Malaysia dan Singapura tidak membuat sebarang bantahan. Malah, dalam surat dari (Perdana Menteri Singapura ketika itu, Goh) Chock Tong, dia berkata dia akan menerimanya. Jadi mengapa hentikan (pembinaan) Jambatan Separuh itu?

Adakan tawaran untuk menjual pasir dalam jumlah yang besar dibuat atas kepentingan komersial?

Saya tidak memikirkan mengenai kepentingan komersial dan siapakah yang dapat wang. Sudah tentunya, ada orang yang dapat wang apabila anda jual pasir. Kerajaan dapat wang mungkin (melalui) mengutip bayaran royalti atau apa-apa juga, tetapi ada orang yang akan terbabit, takkanlah semuanya hanya membabitkan Singapura sahaja. Ia tentulah satu usahasama, atau apa juga. Saya tidak berminat dengan aspek ini. Apa yang menarik minat saya ialah kita tidak boleh membina Singapura menjadi sebuah negara yang besar, dan pada masa inipun, ia bukanlah sebuah negara yang baik terhadap kita.

Bersambung...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home