Saturday, May 27, 2006

HARI KHAS IKTIRAF PELAJAR - Ali Bukhari

Oleh;
Ali Bukhori Amir


BARU-baru ini, Iqbal Hafiedz Ahmed Bazari telah dinobatkan sebagai pendebat terbaik Asia. Sekalung tahniah kepada beliau. Hakikat ini setidak-tidaknya membuktikan bahawa pelajar Melayu dapat mengalirkan idea-idea setanding dengan pelajar di negara lain.

Rahsia pendidikan sebenar tergantung kepada sejauh mana penghormatan yang diberikan kepada kaum pelajar di negara kita. Walaupun laporan negatif ke atas pelajar tetap disajikan seperti aksi membuli tetapi masyarakat perlu menghormati para pelajar yang bakal mencorakkan masa depan negara.


Sama ada laporan mengenai kelompok pelajar itu bersifat positif atau negatif, mengiktiraf peranan mereka adalah satu keutamaan mutlak seperti yang dirumuskan oleh Ralph W. Emerson. Ini kerana, dalam pandangan Islam, insan diciptakan dengan sebaik-baik kejadian. Dan persekitaranlah yang mencorakkan segala-galanya, bergantung kepada kekuatan rohani insan itu sendiri.

Meniti pandangan Melayu pula, kita akan terserempak dengan pantun: “Pilih-pilih tempat mandi, esa telok kedua pantai, pilih-pilih tempat menjadi, esa elok kedua pandai”. Ertinya, dasar pendidikan dalam pandangan Melayu telah meletakkan asas yang kukuh lagi mulia. Asas tersebut ialah akhlak dan intelektual. Rangkuman kedua-dua asas inlah yang bakal melahirkan ‘bangsa penghulu’ seperti sambungan pantun yang pertama tadi.

“Esa elok kedua pantai, ketiga dengan jamban di hulu, esa elok kedua pandai, ketiga baik ‘bangsa penghulu’.”

Ertinya, cita-cita besar umat Melayu pada asalnya ialah mereka mahu memperkasakan ilmu dengan sistem pendidikan yang teratur dan tersusun.

Hanya dengan pendidikan yang menggabungkan ciri akhlak dan kebijaksanaan bertindak, berucap dan berfikir, bangsa Melayu mampu menjadi pemimpin di pentas dunia, demikianlah menurut pantun di atas. Setidak-tidaknya, dalam kes Iqbal dan contoh pelajar Melayu lain, kemampuan pelajar kita beraksi sebagai pemimpin pendapat di usia muda bukan impian kosong.

Pemimpin pendapat dalam kalangan generasi muda Melayu pernah hadir dalam rakaman lipatan sejarah untuk membantu kuasa istana mendepani ancaman todak di Singapura. Kita tidak boleh mengambil sikap ‘susu dibalas tuba’ dan jangan sesekali membiarkan hal yang sama berulang lagi.

Mungkin, kita perlu meneliti aspek lain dalam usaha menarik minat anak muda ke arah pembangunan negara. Selain acara-acara yang diatur oleh kerajaan seperti Rakan Muda, ada juga kecenderungan parti politik dalam usaha mendekati remaja melalui penubuhan Putera UMNO dan Puteri UMNO.

Tanpa prejudis sekali gus menolak sentimen kepartian, kita melihat langkah seperti ini adalah baik untuk meningkatkan moral pelajar. Ini kerana, melalui acara itu, mereka berasa lebih dihormati dan diperlukan. Keupayaan mereka selama ini diiktiraf oleh kerajaan. Hal ini sama juga dengan pergerakan belia cuma belia mempunyai hari istimewa untuk mengiktiraf kumpulan mereka. Kaum buruh juga, selain menyumbangkan tenaga kepada negara, kerajaan mengiktiraf sumbangan mereka melalui peruntukan tarikh 1 Mei.

Guru-guru yang telah menyumbang khidmat bakti hingga ke daerah pedalaman, akhirnya telah diiktiraf sumbangannya secara rasmi pada setiap 16 Mei. Apa yang tiada di negara kita kini ialah Hari Pelajar.

Namun, secara tidak sedar, kita juga pernah mengiktiraf jasa kaum pelajar. Jika tidak, mengapa kita mewujudkan Pingat Hang Tuah kepada kanak-kanak yang mempamerkan rekod cemerlang seperti membantu orang dalam kesusahan. Pun begitu, mengapakah tiada Hari Pelajar?

Jika dinilai daripada sudut estetika, maka amatlah sesuai jika Hari Pelajar itu diraikan pada 31 Mei, iaitu 15 hari selepas Hari Guru. Naluri anak-anak sentiasa suka apabila ibu bapa memuji kebolehan mereka dalam setiap bidang yang diceburi. Kalau tidak mulakan sekarang, bila lagi?

Selain itu, bukankah para teknokrat, profesional, guru, pensyarah sehingga pemimpin negara sekalipun, dahulunya adalah golongan pelajar?

Read more!

Wednesday, May 24, 2006

SAMBUNGAN; KRITIKAN SAYA MEMBINA - Tun Dr. M

Dalam bahagian kedua wawancara ini, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini berusia 82 tahun bercakap mengenai pembabitan anak-anak perdana menteri dalam perniagaan, politik dan kebebasan akhbar.

Malaysiakini: Mengenai anak-anak Perdana Menteri. Semasa Tun menjadi Perdana Menteri, Tun menasihatkan anak-anak Tun supaya melepaskan kepentingan mereka dalam perniagaan. Apakah sebabkan Tun berbuat demikian?

Dr Mahathir: Saya tidak meminta mereka berbuat demikian. Saya hanya tidak membenarkan mereka menjalankan sebarang perniagaan dengan pihak kerajaan. Mereka boleh berniaga. Saya tidak pernah menghalang mereka daripada menjalankan peniagaan. Tetapi bukan perniagaan dengan pihak kerajaan, (dan) tidak jadi calon. Ada orang yang datang berjumpa dengan saya untuk meminta saya mencalon anak lelaki saya sebagai calon kerusi Parlimen. Saya kata, ‘tidak boleh selagi saya menjadi Perdana Menteri’. Saya tidak mahu dianggap mahu mewujudkan (sebuah) dinasti. Tetapi mereka boleh menjalan perniagaan. (Tetapi) bukan dengan kerajaan. Kerana perkara-perkara tertentu, mereka telah menjalankan perniagaan di luar negara. Mereka menjalankan perniagaan di India, mereka menjalankan perniagaan di negara-negara lain, kerana persekitaran (perniagaan) di Malaysia tidak sesuai bagi mereka menjalankan perniagaan.

Bagaimana pula sekarang dengan anak lelaki Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan menantunya Khairy (Jamaluddin)?

Di segi prinsip, apabila saya menjadi perdana menteri, saya tidak benarkan anak-anak saya atau isteri saya terbabit dalam peniagaan dengan pihak kerajaan. Sudah tentunya isteri saya (tidak terbabit). Tiada perniagaan langsung. Bagi saya ini adalah perkara prinsip. Anak-anak boleh menjalankan perniagaan, tetapi bukan dengan pihak kerajaan. Ini adalah satu prinsip am. Bukan sahaja di sini, semua negara ada (mengamalkannya). Jika anda membenarkan anak-anak anda menjalankan perniagaan dengan pihak kerajaan, nanti ia tidak disenangi orang lain.

Apakah Tun akan memberi nasihat yang sama kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi?

Itu terpulanglah kepada beliau. Saya tidak menasihatkan (beliau), tetapi saya bercakap mengenai satu prinsip am. Saya mengikut prinsip am ini.

Apabila Tun mengimbas kembali tempoh tempoh 22 tahun Tun menjadi Perdana Menteri, apakan Tun kesal dengan sebarang keputusan mengenai ekonomi yang telah Tun buat? Apakah Tun rasa Tun sepatutnya membuat keputusan yang lain? Dan berlainan macam mana?

Satu-satunya masalah yang saya hadapi ialah untuk mendapatkan penyertaan orang Melayu dan penyertaan kaum Bumiputera. Mereka telah menyalahgunakan apa yang telah kita berikan kepada mereka, kecuali beberapa kerat sahaja, yang telah berjaya. Tetapi mereka yang telah berjaya ini terus dilabelkan sebagai kroni saya. Jika mereka tidak berjaya, maka tidak siapa yang perasaan tentang mereka. Mereka mungkin abang saya atau bapa saya atau sesiapa sahaja, jika mereka gagal, mereka bukan kroni (saya). Jika mereka berjaya, mereka (dianggap) sebagai kroni (saya). Malah, ada saudara mara saya yang sehingga hari ini tidak mahu bertegur-sapa dengan saya kerana saya enggan membantu mereka. Tetapi inilah yang menjadi masalah saya.

Mengenai apa yang dipanggil projek mega, mereka bukan projek mega. Apakah Jambatan Pulau Pinang itu satu projek mega?

Anda membina Lapangan Terbang Subang untuk menampung 400,000 penumpang pada 1964. Saya masih ingat menghadapi majlis perasmiannya pada 1964. Apabila ketika berpindah ke KLIA, Lapangan Terbang Subang sudahpun mengendalikan 14 juta penumpang, lebih 30 kali ganda. Jadi sekarang anda mahu membina sebuah lapangan terbang yang baru untuk (menampung) 20 juta orang? Kita sudahpun mengendalikan 21 juta (penumpang) Dalam tempoh tiga tahun lagi, kita akan mengendalikan 25 juta penumpang.

Jadi, apabila anda hendak membina sesuatu, jangan bina untuk (menampung) keperluan sekarang. Binalah untuk masa depan. Jadi KLIA mempunyai kapasiti untuk mengendalikan 125 juta penumpang, dengan lima landasan. Ia mungkin pada tahun 2100. Tetapi jika anda melaksanakan projek yang kecil, adakah anda tahu bagaimana sukarnya untuk mendapat kawasan bagi membina lapangan terbang di mana-mana tempat di dunia ini? Heathrow menghabiskan masa 15 tahun untuk cuba membina Terminal Kelima. Jadi anda perlu merekabentuk (lapangan terbang) untuk masa depan.

Saya membina Putrajaya, bukan untuk diri saya. Ianya untuk masa depan. Malah, saya merancang untuk bersara pada tahun 1998. Sekiranya saya jadi bersara pada 1998, tentunya saya tidak berpeluang ke Putraya. Tetapi saya tidak kisah semua itu. Kediaman Perdana Menteri (sedemikian rupa) kerana bakal Perdana Menteri, saya fikir, akan mempunyai enam orang anak, jadi saya bina enam bilik...bukan untuk saya. Ia untuk masa depan. Bagi penghuninya, seperti Rumah Putih, No 10 Downing Street atau apa-apa juga. Bukannya setiapkali kita bertukar Perdana Menteri, anda turut menukar kediamannya kerana ia tidak cukup besar.

Jadi bina apa juga untuk masa depan. Semuanya besar, jadi? Kita mampu membayarnya. Kerajaan tidak akan muflis kerana apa yang telah saya belanjakan. Bila anda melakukan sesuatu, ia akan menjana kekayaan. Jika anda menyimpan duit di bawah bantal, ia tidak akan bertambah. (Sebaliknya), ia akan merosot kerana kos sarahidup sudah meningkat, kuasa membeli telah berkurangan. Tetapi jika anda berbelanja, wang itu akan bertukar tangan, orang lain pula akan mendapatnya. Ini adalah cara untuk merangsang ekonomi. Apabila ekonomi merosot, saya sengaja berbelanja, memberi bonus kepada kakitangan kerajaan, tetapi tidaklah banyak sangat sehingga mereka boleh ke Haatyai (Thailand). Bagi mereka separuh (bulan) bonus supaya ia dapat membelanjakannya di sini, untuk merangsang perniagaan kecil/runcit.

Anda merangsang perniagaan kecil/runcit, anda juga merangsang perniagaan borong, pengangkutan, segala-galanya, maka sepanjang proses tersebut. ada orang yang akan mendapat wang. Orang tidak faham bahawa apabila seseorang itu berbelanja, orang lain dapat wang, dan apabila kerajaan berbelanja, ramai orang, kontraktor, pembekal, pekerja, malah penjual nasi lemak pun dapat wang. Jika anda simpan sahaja wang anda, maka apa yang jadi kepada orang-orang ini?

Apakah Tun berpendapat isu kroni sudah tiada lagi dalam pentadbiran baru sekarang?

Anda boleh membuat penilaian anda sendiri.

Tun ada berkata, terdapat sesetengah orang yang menyalahgunakan keistimewaan kepada kaum Bumiputera. Adalah Tun merasakan ianya berlaku kerana kurangnya langkah-langkah pengawasan supaya ianya tidak berlaku, termasuk kebebasan akhbar dan perkara-perkara lain, bagi memastikan faedahnya benar-benar dinikmati oleh majoriti (rakyat).

Kita telah mencuba sedaya mungkin, tetapi kita tidak boleh mengawasi setiap orang. Apabila kita mahu mewujudkan(kontraktor) Kelas F dan kita berkata, “OK, anda bina makmal komputer”. Dan anda sendiri tahu apa yang telah berlaku. Mereka telah menyalahgunakannya. Tahukah anda berapa ramai (kontraktor) Kelas F ini, terdapat 40,000 semuanya. Jadi bagaimana anda hendak awasi mereka sepanjang masa? Orang yang ditugaskan mengawasi mereka pun perlu juga diawasi. Jadi, ia sukar dilakukan.

Kita cuba, tetapi saya pasti kita tidak akan berjaya 100 peratus. Tetapi saya percaya jika anda melakukan sesuatu dan anda berjaya walaupun 10 peratus, dalam kes Bumiputera ini, saya rasa ianya sudah cukup baik. Jika boleh kita mahu mencapai kejayaan 90 peratus, tetapi mereka ini hidup dalam budaya yang tidak sesuai dengan sistem pasaran bebas. Mereka menggunakan wang sebagai satu kemudahan. Jadi, anda tidak perlu membawa guni beras untuk membeli barangan di kedai. Anda masukkan duit dalam poket dan anda gunakannya untuk membeli-belah. Bagi mereka wang itu bukan modal. Wang itu adalah satu kemudahan. Kerana itu, kita berdepan dengan masalah.

Anda bercakap tentang kebebasan akhbar. Memang ada kebebasan akhbar. Saya tidak faham apakah maksud anda tentang kebebasan akhbar. Adakah ianya kebebasan untuk bersuara, untuk mengganggu orang lain, untuk mempengaruhi orang supaya mengadakan demonstrasi, supaya orang bergaduh sesama sendiri...jika itulah ianya, maaflah, anda buat demikian, kami akan mengambil tindakan. Tetapi hanya beberapa kali sahaja di mana kita terpaksa mengambil tindakan, (di mana) kita terpaksa memberi amaran kepada mereka.

Tetapi apabila anda berkata ‘Saya melakukan ini, tetapi tidak dibenarkan sebarang kritikan’, maka ini mengikis kebebasan akhbar. Saya telah membaca mengenai tahun-tahun awal saya menjadi Perdana Menteri, dan jumlah kritikan terhadap saya dan jumlah saya perlu menjawabnya kritikan tersebut, kerana (melaksanakan) Dasar Pandang Ke Timur, (Dasar) Islamisasi, (Dasar) Hicom, semua ini menjadi sasaran kritikan akhbar. Ramai orang mengkritik saya, dan saya telah menghabiskan banyak masa untuk menjelaskan mengapa saya melakukannya. Jadi, anda kata saya tidak membenarkan kritikan dibuat?

Ya, anda mengkritik saya, jadi anda mesti beri saya kebebasan untuk mengkritik anda. Pada masa yang sama, jika anda mahu mengkritik, biarlah yang membina. Beri alternatifnya. Apa yang kita boleh buat? Kalau anda kata ‘Tidak’, ini tidak boleh, itu tidak boleh, jadi apa yang boleh? Ia bukanlah sesuatu yang boleh menyumbang kepada pertumbuhan, ke arah pembangunan. Projek mega ini tidak ada ini, projek mega itu tidak ada itu. Adakah anda tahu bahawa mega projek ini yang menyelamatkan kita sewaktub berlakunya krisis kewangan?

Bagaimana dengan situasi sekarang di mana Tun pernah mengadu tidak mendapat liputan akhbar secukupnya, Tun kata Tun kena ‘black-out’...ada perkara yang tidak dilaporkan.

Saya menyifatkan komen-komen saya itu sebagai konstruktif. Itu yang pertama.

Kedua, saya tidak membangkitkan kebencian antara kaum. Saya tidak cuba untuk mencetuskan keganasan di negara ini. Semua (perkara) itu, sewaktu zaman saya dahulu, jika anda berbuat demikan, kita akan mengambil tindakan terhadap anda. Tetapi jika anda membuat kritikan terhadap saya, saya sedia menerimanya.

Terdapat satu artikel yang baru saya baca tadi, ketika saya membaca akhbar-akhbar lama, katanya ‘Jika anda mahu mengkritik, biarlah yang membina. Anda mengkritik, itu tidak ada apa, tetapi (apabila) anda mula berkata ‘lihat pada kaum Cina, mereka tidak ada hak di negara ini, orang Melayu diberi...’ Perkara seumpama itu boleh melaga-lagakan orang Melayu dengan orang Cina. Jika ada berbuat demikian, saya akan mengambil tindakan tegas terhadap anda.

Tetapi banyak kritikan tersebut membina...

Pada pendapat anda. Bukan pendapat saya. Anda rasa ianya agak membina, tetapi pada saya tidak.

Mungkin kerajaan sekarang merasakan pendapat Tun tidak membina...

Tidak mengapalah. Apabila anda melakukan sesuatu yang sudah jelas salah, seperti menyerahkan hak kedaulatan anda kepada negara lain, saya hanya memberi komen mengenai itu, itupun tidak boleh disiarkan? Saya bukannya membangkitkan kebencian terhadap sesiapa. Malah, saya tidak pun membangkit kebencian terhadap Singapura (dan berkata) kita perlu berperang dengan Singapura atau yang seumpamanya.

Tun selalu mencabar Amerika Syarikat (AS) mengenai hegemoninya. Ia berbalik kepada soal padang yang sama rata. AS menentukan apakah itu ‘padang yang sama rata’. Di Malaysia, banyak undang-undang seperti Akta Penerbitan dan Mesin Cetak, OSA (Akta Rahsia Rasmi) dan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) yang didakwa oleh pihak pembangkang, digubal untuk mewujudkan padang yang tidak sama rata. Apakah pendapat Tun mengenainya? Adakah ia adil?

Sekurang-kurangnya kita ada undang-undang. AS tidak ada undang-undang. Mereka menahan orang tanpa sebarang undang-undang. Mereka menahan orang tidak kira berapa lamanya. Mereka tidak memberi sebarang maklumat mengenai orang yang mereka tahan. Apabila mereka bukan dalam situasi kita, memang mudah untuk bercakap mengenai kebebasan ini – tidak (kepada) tahanan tanpa bicara – dan semua itu. Apabila mereka menghadapi masalah yang sama, hanya masalah kecil kepada mereka kerana mereka sebuah negara yang besar, berkuasa dengan segala senjata nuklearnya, mereka bertindak tanpa memperdulikan undang-undang. Jadi saya berhak mengkritiknya.

Di negara ini ada ISA. Kita telah melalui banyak pilihanraya. Tidak siapa yang menolak kita kerana ISA. Malah (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) pun tidak membantahnya ketika beliau dalam kerajaan. Sudah tentulah sekarang beliau membantahnya. Tetapi ketika beliau dalam kerajaan, ia tidak apa baginya. Mengapa tidak [...] tahan sesetengahorang yang menentangnya. Jadi bila kita hendak berbuat sesuatu, OSA, ISA, PPPA – sudah pun ada undang-undang sebelum masa saya.

Mungkin OSA itu masa saya, tetapi ianya kerana ada orang yang mencuri dokumen daripada kerajaan untuk diberikan kepada orang lain. Misalnya, jika ada seseorang mengemukakan satu cadangan untuk membuat sesuatu, mereka menyalinnya, dan tiba-tiba anda menerima lima hingga 10 permohonan yang berbeza, datangnya daripada orang yang berlainan kerana ada orang yang telah menjual permohonan itu. Kita mesti menyekatnya.

Jadi OSA bukanlah bertujuan untuk melindungi perbuatan rasuah atau menyimpan rahsia kerajaan?

Bukan (untuk) menyembunyikan rasuah dalam kerajaan, jika anda mempunyai bukti, kita tidak dapat lari daripadanya. Tetapi jika anda hanya membuat tuduhan terhadap orang lain, berdasarkan apa yang anda dengar, maka kita tidak boleh bertindak. Anda mesti bersikap adil terhadap orang lain.

Sepanjang masa saya dituduh rasuah... saya ada beribu-ribu buah rumah di merata tempat, saya seorang jutawan. Itulah gambaran yang diberi tentang diri saya apabila saya menjadi Perdana Menteri. Saya terpaksa berdepan dengan semua itu.

Read more!

Tuesday, May 23, 2006

IS THE IFC OUR OWN WEAPON OF MASS DESTRUCTION (WMD)?

By,
Azly Rahman 22nd May, 2006

The very fact that a road-show discussion on Article 11 could provoke an angry protest tells us that there is something not right in the way we approach inter-religious understanding after almost fifty years of independence.

There is a proposed clause in it that is triggering the anger of the Muslims. It is one that proposes that a child born into a Muslim family be given the chance to choose his/her religion by the time he is old enough to choose a new one. It is one of the most provocative clauses that is coming from a committee that applies a paradigm of careless liberalism to a belief system that continues to be strongly preserved.

Apostasy, is therefore a proposed ideology according to members of the IFC. What does this proposal mean? How might we approach “inter-faith dialogue” through an educational lens instead as through legal means?

I read the clause on “pro-choice in religion” and it triggered a reaction as serious as the last two clauses of the Surat Akujanji that triggered my dismissal from Universiti Utara Malaysia. While the two Akujanji clauses are pathetic clauses unfit for the consumption of a “space-bound- Muslim-nautical society”, the clause by the IFC is like a nuclear fission of interfaith conflict.

The members of IFC are bound by its logic bubble while those who oppose it are religious-driven beings. Both groups are operating on two different and irreconcilable paradigms. I do not think there will be a compromise. I do not think there must be a compromise especially in the clause that proposes ‘freedom of religious choice’. It is simply an antagonistic proposal for a deeply religious-based plural society such as Malaysia. Malaysia is not California, USA.

We are trapped in the language we use. In the case of the controversy, when the word “commission” is used, instead of a “conversation” or dialogue, we are entering into zone of conflicts.

If the intention of the commission is to attack the very foundation of the Islamic belief system and not to understand its role in the spiritual, emotional, political and economic development of Muslims, then there will be conflicts.

Critical mass of good

Already, the idea of several thousands of Muslims who have supposedly applied to leave Islam has become somewhat of a propagandistic tool for political opportunists to undermine the religion. We can never know what the intention of such a ‘report’ as it has become, like the Danish cartoon issue, a daisy cutter bomb to hurt the feelings of the Muslims.

Already, Muslims are grappling with the issues of the moral deterioration of its youth, the increasing number of drug abusers, damaging counter-culture and the increasing number of those calling themselves ‘the Quranists’ who reject the teaching and the personhood of Prophet Muhammad (Pbuh). We are also seeing the emergence of women’s group with dubious interpretation of feminism.

Islam has been a religion of tolerance in Malaysia and does not need to be challenged by those who do not understand its mission and vision. What Malaysians need is to continue to understand each other’s faith and to let each and every religion strengthen itself against all forms of bigotry, material greed and the further division of people based on caste and economic classes.

What we all need to do is to raise our children to become good Muslims, Christians, Hindus, Jews, Sikhs, Jains, Taoists, Confucionists, Buddhists, etc, so that we may learn to live better and become good citizens in a pluralistic, multiracial and democratic society.

Our goal must be to come together amidst our differences, to create a critical mass of good virtuous Malaysian who will keep throwing out morally and materially corrupt politicians who are still in Parliament. We must educate our children to use religious ethics to elect good Muslims, Christians, Hindus, Buddhists, etc. into power. What we see emerging are creatures intoxicated by power and greed that are using religion to manipulate others and to create their own family wealth.

Our politicians have become corrupt to the core as a consequence of decades of ethnic-based politics that utilises race and religious sentiments to plunder the wealth of the nation in the name of progress and national development.

We must create good religious humanists through conversation and dialogues that aim to respect each other’s belief and spread the message of peace but founded on liberation theology.

We must begin by understanding what we are and the ‘self’ we inhabit, through the own unique belief system we are born into.

The Self, in the process of evolving, goes through different levels of understanding of what humanism means. We journey from one station of the soul to another, transmigrating from one real of spiritual understanding and ignorance to the next.

The self, through a misunderstanding of the nature of the self, must learn to understand, within one's own paradigm of religious and philosophical belief system, what the self means and how to use the powers within the self to navigate through the complexities of this corrupt world.

Primordial self

The French philosopher Jean Jacques Rousseau once, said, ‘Everything is good as it leaves the hand of the author of Things, everything degenerates in the hands of man’.

The Bhagavad Gita taught us eloquently about the beauty of the self, in the tense conversation between Arjuna and Krishna in which the essence of the self can be understood once the self is ‘destroyed’ and becomes one with all Creation.

The teachings of Jesus taught us how to love others, to be at peace with oneself and with others and to understand the nature of greed, and not to go to war like the evangelical right and neo- cons of the Bush regime are doing.

The Granth Sahib taught us a similar message of love and compassion, true to its nature of being a philosophy of life based on the teachings of the mystic Muslim poet Kabir, and propagated by the work of Guru Nanak.

Kung Fu Tze taught us how to lead an ethical life, like a ‘chuan tze’ or a gentleman and to honour the elders but provided, I would say, that the elders are not corrupt souls who use their high places in power to subjugate others through lies, deceit, and draconian rule.

Lao Tzi and Mencius taught us how to lead a life closer to Nature and to the primordial self so that we may learn what needs and wants are, and how by transforming Nature into Capital, we may sow the seed of Human destruction.

The Torah, in the most mystical dimension of its teaching, through the philosophy of the kaballah, taught us how to understand the self as how the Prophet Moses taught us.

The Al Quran ul Karim, in its deepest meaning of love and compassion, exemplified by the phrase ‘In the name of Allah the Most Merciful, Most Compassionate’ taught us the beauty of the self and to love others and to live a life of ‘siratul-mustaqim’ – of righteousness.

The Islamic concept of truth, compassion, equality and justice does not tolerate abuse of power in any form. Nor does it in any way, tolerate hatred for other religions - let alone suicide bombings or suicide by any name.

If we take time amongst ourselves to understand each other through these lenses of deeper meaning, we will not need one religion or another to proclaim this or that religious state. The states we build will be within ourselves.

Instead of setting up commissions to dialogue faith, we will gain more if we begin with conversations with our inner self.

DR AZLY RAHMAN is a transcultural philosopher rooted in the tradition of Critical and Chaos Theory. Born in Singapore, raised in Johor Baru, he was a child of Malaysia's experiment in humanistic education: Maktab Rendah Sains MARA Kuantan.

A member of The International Honor Society in Education, Azly holds a Doctorate in International Education Development from Columbia University, New York City, and Masters in four areas: International Affairs, Education, Communication, and Peace Studies.

He has taught in Malaysia and the United States in a multitude of settings and in diverse fields such as Politics/International Relations, Education, American Studies, Philosophy/ Humanities/Cultural Studies, and History/Foundations of Civilizations.

His interest lies in deconstructing 'hegemony and totalitarianism' and to explore the possibilities of creating one's personal republic that will challenge and transform the postmodern state.

He can be reached at: aar26@columbia.edu

Read more!

SAYA KECEWA... - Tun Dr. M


Tun Dr Mahathir Mohamad menyuarakan perbezaan pendapatnya dengan kepimpinan sekarang mengenai syarikat kereta nasional, Proton, dan isu jambatan separuh, dalam wawancaranya yang akan disiarkan dalam tiga bahagian dengan malaysiakini.

Dr Mahathir Mohamad: Ada beberapa soalan yang saya tidak akan jawab...saya tidak pernah menyukai Malaysiakini.com. Ia sangat kritikal terhadap sebelum ini.

Malaysiakini: Kami hanya menjalankan tugas kami. Kami juga sangat kritikal terhadap kerajaan sekarang...

Ya. Anda memang kritikal terhadap semua orang. Tunggulah hingga anda menubuhkan kerajaan. Nanti orang lain akan berpeluang untuk menghentam anda. Mari kita teruskan (wawancara).

Kita mula dengan soalan yang sentiasa bermain di bibir setiap orang, mengenai Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Tun yang memilihnya sebagai pengganti Tun. Memandangkan Tun dianggap sebagai ‘master’ dan beliau pula sebagai seorang perantis, bagaimanakah penilaian Tun terhadap prestasi beliau selama tiga tahun menjadi Perdana Menteri?

Saya tidak gemar memberi pendapat mengenai prestasi kerajaan kerana ia mungkin menimbulkan kesan negatif, jadi saya tidak akan menjawabnya. Itulah jawapan saya.

Bagaimana dengan beberapa perubahan yang beliau (Abdullah) lakukan terhadap dasar-dasar (semasa pentadbiran) Tun. Adakah ianya memeranjatkan Tun atau memang Tun sudah jangka?


Saya memang menjangka berlaku perubahan dari segi stail (pentadbiran), tetapi dasar-dasar asas patut dikekalkan kerana – selepas mengimbau kembali rekod pentadbiran saya dulu, sudah tentunya, saya juga cuba melakukan sesuatu – (tapi) saya dapati – apabila saya menjadi Perdana Menteri – saya telah memberi jaminan akan meneruskan dasar-dasar asas yang dilaksanakan oleh Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak (Hussein) serta Tun Hussein (Onn), kerana ini adalah kesinambungan (pentadbiran) kerajaan yang sama. Memanglah personaliti berbeza, Perdana Menteri berbeza, tetapi kerajaannya sama. Parti pemerintah juga sama. Anda boleh menyuntik stail dan personaliti anda dalam kerajaan pimpinan anda, (tetapi) kerana ianya adalah kerajaan daripada parti (pemerintah) yang sama,, maka ia sepatutnya konsisten. Jadi, saya percaya yang (pentadbiran) saya adalah konsisten.

Apa yang saya lakukan ialah untuk meningkatkan lagi, contohnya, pertumbuhan (pembangunan) negara. Bagaimana anda mencapai (matlamat) pembangunan tersebut? Sesetengah orang berkata, “kita rangsang pertumbuhan’. Tetapi cakap sahaja memang mudah. Jika kerajaan tidak dapat melaksanakannya, maka anda perlu mencari orang lain melaksanakannya. Sebab itulah kita memutuskan, sebagai contohnya, untuk melaksanakan (dasar) pengswastaan, kerana kerajaan tidak mempunyai wang untuk melaksanakan semuanya sekali yang rakyat mahu kita laksanakan. Jadi, jawapannya adalah pengswastaan. Pengswastaan juga membuka peluang kepada kita untuk meningkatkan pencapaian orang Melayu, Bumiputera, dalam bidang perniagaan. Jadi ianya tidak lari daripada dasar asalnya. Kembangkan pertumbuhan ekonomi, agihkan kekayaan dan majukan negara dan berlaku adil kepada semua golongan masyarakat...(dan) perkara-perkara seumpamanya. Jadi, dasar asasnya masih kekal. Mengenai pelaksanannya, sudah tentulah, jika anda mempunyai idea baru untuk memperbaiki lagi pelaksanaannya, maka anda lakukanlah....

Tetapi, tentang Proton dan jambatan separuh.... tidakkah Tun mereka kecewa kerana perubahan besar telah dilakukan terhadap dasar-dasar yang Tun mulakan itu?

Ya, saya rasa (tindakan) mengurangkan kepentingan Proton...adalah sesuatu yang saya tidak jangkakan. Proton adala sebuah syarikat yang menguntungkan sehinggalah selepas CEOnya (Ketua Pegawai Operasi) diganti. Hari ini, anda membaca laporan bahawa mereka tidak untung, tetapi pada keseluruhanya, kemudahan-kemudahannya adalah sama (seperti sebelumnya). Orang-orangnya yang berlainan dan saya tidak faham (apa yang terjadi) kepada sebuah syarikat yang mampu membina kilang baru berharga RM1.8 bilion tanpa meminjam daripada bank, tanpa meminta bantuan kerajaan...itu satu yang pencapaian luarbiasa bagi sebuah syarikat milik kerajaan. Pada kebiasaannya anda perlukan bantuan (kewangan) daripada kerajaan.

Ketika CEOnya berhenti, ia masih mempunyai RM2.4 bilion tunai. Sekarang, ia kelihatan seperti dalam kerugian, dan kita tidak mendengar (sebarang) laporan mengenai prestasinya. Berapa banyak kereta yang dijual? Adalah ia mencatat keuntungan daripada jualan keretanya? Mengapa ia tidak mampu bersaing, sedangkan sebelumnya ia mampu untuk bersaing? Kita perlu ingat, malah ketika kerajaan membenarkan kemasukan kereta murah ke negara ini, Proton masih dapat menjual (keretanya) dan masih mencatat keuntungan. Tetapisekarang, ia tidak mencatat keuntungan. Dan sudah pastinya, apabila Agusta dijual, maka anda kehilangan kedua-duanya sekali. Sesuatu yang anda beli pada harga RM500 juta, kini ada serahkan begitu sahaja kepada orang lain.

Saya masih bertanya, apakah nama syarikat yang membelinya? Setakat yang saya boleh cari, ianya adalah sebuah syarikat 2 euro yang ditubuhkan pada tahun 2005 dan tujuan penubuhannya hanyalah semata-mata untuk membeli Agusta. Jadi, tentu ada sesuatu bentuk pakatan. Mengapakah orang Italian menubuhkan syarikat ini untuk membeli Agusta, lebih awal sebelum kita tahu yang Agusta akan dijual?

Jadi tidak ada langsung rekod prestasi...

Setakat yang kita dapat kesan, tidak ada langsung rekod prestasinya. Nama syarikat itu agak aneh. Ia dipanggil JV SpA. Ada syarikat bernama JV SpA yang didaftar dengan Pendaftar Syarikat Itali, tetapi ianya syarikat lain sama sekali. Ia terbabit dengan urusan tenaga kerja. Anda boleh memperolehi (maklumat tersebut) di Internet. Ia tidak ada kena mengena dengan pembelian Agusta. Ini...bukanlah sebuah syarikat yang didaftar secara biasa, tetapi ianya adalah nama yang diberikan oleh sebuah firma guaman. Firma guaman itu mencipta entiti ini dan entiti ini membeli Agusta dengan harga 1 euro.

Inilah soalan yang saya sentiasa bertanya, bagaimanakah mereka mengenalpasti orang-orang ini? Bagaimanakah mereka menawarkan syarikat ini pada harga berkenaan? Adakah syarikat ini terbabit dalam industri automatif? Semua perkara ini tidak dijawab. Itulah sebabnya, sebagai penasihat Proton, saya perlu tahu. (Kalau tidak) bagaimana saya hendak memberi nasihat kepada Proton?

Dan Tun mendapat sebarang jawapan mengenainya?

Saya tidak menerima sebarang jawapan. Sebenarnya, ia menyatakan bahawa tidak ada lagi soalan yang perlu ditanya mengenainya. Hari ini, Proton, saya tidak tahu sama asda ianya berjalan dengan baik atau tidak. Ia telah menyiarkan mengenai kerugiannya, tetapi kebelakangan ini, kita tidak mendengar apa-apa lagi (mengenainya).

Adalah Tun kecewakan dengan Datuk Seri) Abdullah Ahmad Badawi?

Saya kecewa dengan apa yang berlaku terhadap Proton.Dan juga jambatan separuh.

Biar saya jelaskan apa yang berlaku dengan Jambatan separuh itu. Ianya telah diluluskan. Saya tidak berbelanja sesuka hati tanpa mendapat kelulusan kabinet. Sudah tentulah, kelulusan tersebut, biasannya, dibuat secara umum, tetapi ianya bukanlah sesuatu yang diluluskan secara prinsip (sahaja). Ianya telah diluluskan. Dan kerja-kerja (pembinaannya) sebenarnya telahpun dimulakan Ianya diberhentikan pada bulan Februari 2004. Ini bermakna, dari bulan Oktober (Dr Mahathir bersara pada 31 Oktober 2003) hingga Februari, kerja-kerja menanam cerucuk sudah berjalan, dan kemudiannya dia diberhentikan.

Nampaknya, ia diberhentikan kerana mereka mahukan sebuah jambatan lurus. Untuk membina jambatan lurus, mereka perlu mendapat persetujuan Singapura. Untuk jambatan separuh atau membina jambatan di sebelah negara kita, Singapura sudahpun menyatakan ia tidak membantah, dan saya mempunyai surat untuk membuktikannya. Sudah tentu, semuanya berada dalam fail kerajaan, tetapi surat-surat tersebut sudah dditerbitkan di Singapura...bukan oleh saya... Jadi mengarutlah untuk mengatakan saya telah melanggar OSA, kerana ianya sudah menjadi pengetahuan umum, yang disiarkan oleh pihak Singapura. Jadi saya mengambil petikannya dari Singapura. Untuk mendapatkan Singapura bersetuju dengan pembinaan jambatan lurus itu, Malaysia bersetuju untuk membekalkan pasir sebanyak 1 bilion juta meter kepada Singapura....

Malaysia yang menawarkannya (bekalan pasir)?

Malaysia menawarkannya, 50 juga meter persegi setahun untuk tempoh selama 20 tahun. Ini akan menjadi keluasan Singapura, satu setengah kali keluasannya sekarang. Keluasan itu sesuai untuk penduduk seramai, mungkin 10 juta orang.

Siapakah yang sebenarnya membuat tawaran tersebut?

Setakat yang saya ingat, tawaran tersebut dibuat oleh Malaysia. Ramai orang dari pihak Malaysia – saya rasa kira-kira 50 orang – yang menghadiri mesyuarat di mana tawaran berkenaan dibuat. Di sebelah pihak Singapura juga seramai 50 orang. Ini sudah menjadi pengetahuan awam. Ramai pihak yang menghadiri mesyuarat tersebut, tahu mengenai tawaran yang dibuat itu.

Ini berlaku selepas tahun 2003?

Ia diadakan selepas (projek) jambatan tersebut diberhentikan pada 2004. This is quite recent. Quite recent. The other offer was, of course, the air space, to be allowed.

Ianya diadakan selepas (pembinaan) projek tersebut dihentikan pada 2004. Hanya baru-baru ini...Satu lagi tawarannya ialah membenarkan penggunaan ruang udara (kita).

Jadi, bukan Singapura yang menuntut semua itu...ianya ditawarkan (oleh Malaysia).

Berdasarkan kepada rekod...dari mereka yang bercakap mengenai perkara ini, saya pasti mereka bercakap berdasarkan kepada rekod yang betul, Ini adalah tawaran Malaysia untuk memujuk Singapura supaya membina jambatan lurus tersebut. Mereka bersetuju.

Masalah timbul apabila Johor mendapat tahu mengenai tawaran tersebut. Johor membantah. Mereka tidak mahu membekalkan pasir kepada Singapura. Mereka tidak mahu ruang udara mereka dipenuh pesawat pejuang dari Singapura. Oleh kerana itu, pihak kerajaan mengambil keputusan tidak akan membina jambatan lurus ataupun jambatan bengkok. Ianya ok, jika anda membuat keputusan untuk tidak membina jambatan lurus. Tetapi apabila anda mengambil keputusan untuk tidak membina jambatan lurus dan tidak mahu pula membina jambatan bengkok di wilayah kita sendiri, maka di situlah kesilapan kita.

Tun kata Malaysia yang sebenarnya membuat tawaran untuk menjual pasir dan kemudiannya apabila Johor membantah, barulah kerajaan memutuskan untuk membatalkannya?

Ya. Itulah yang saya faham.

... (Malaysia) menawarkan apa yang Singapura sudah ada – pasir dan ruang udara – sehinggalah (ianya) diberhentikan pada 1997.

Memang benar. Memang benar. Saya memberhentikan ini penerbangan (pesawat tentera) di ruang udara Johor kerana Singapura tidak mahu bekerjasama dalam usaha menyelesaikan masalah-masalah lain yang kita hadapi dengan mereka, seperti bekalan air, CPF (Tabung Kumpulan Wang Pusat), mengenai (Pulau) Batu Putih, dan semuanya, jadi saya memberhentikannya.

Keduanya, saya memberhentikan penjualan pasir, kerana sebelum ini dilakukan secara persendirian. Jumlah (jualan pasir) tidaklah besar tetapi kita sudahpun dapat melihat yang mereka menggunakan pasir itu untuk kerja-kerja tambakan dan ianya menjejaskan kita. Jadi, kita tidak boleh membantu mereka berbuat sesuatu yang tidak baik bagi kita, (iaitu) penjualan pasir. Jumlahnya adalah kecil, tetapi apabila anda bercakap mengeni satu bilion meter persegi, ia bermakna anda akan menggorek dasar laut, di Mersing dan yang lain-lainnya. Ini akan memusnahkan pembiakan ikan, ia akan memusnahkan kawasan pembiakan ikan, ia akan mengakibatkan pasir di pantai menggelongsor ke laut, ia akan mengakibatkan banyak kerosakan alam sekitar. Kita tidak boleh memberikannya (pasir) kepada mereka.

Juga, kita tidak nampak mengapa, selepas ditipu oleh British supaya menjual Singapura dengan harga RM60,000 – itulah yang dibayar oleh British....sedangkan di Pulau Pinang, (bayarannya) ialah RM10,000. Ia sepatutnya 10,000 matawang Sepanyol setiap tahun. Dan sekali lagi mereka menipu kita kerana tidak membayar 10,000 dalam matawang Sepanyol, tetapi dalam RM10,000. Selepas ditipu sekali, maka kita tidak akan menjual lagi wilayah Malaysia. Pasir itu masih sebahagian daripada Malaysia. Ianya berada dalam laut kita.

Tun membuat kritikan keras terhadap pemimpin tertentu, dengan menyatakan dia telah menjual kepentingan Malaysia berhubung tawaran menjual pasir ini. Siapakah pemimpin yang Tun maksudkan itu?

(Merujuk) secara umum.

Tidak ada pemimpin tertentu?

Tidak(ada pemimpin tertentu). Anda mempunyai hak untuk melakukan apa-apa pun dalam negara anda sendiri dan apa yang dipanggil Jambatan Bengkok itu terletak dalam Malaysia dan Singapura tidak membuat sebarang bantahan. Malah, dalam surat dari (Perdana Menteri Singapura ketika itu, Goh) Chock Tong, dia berkata dia akan menerimanya. Jadi mengapa hentikan (pembinaan) Jambatan Separuh itu?

Adakan tawaran untuk menjual pasir dalam jumlah yang besar dibuat atas kepentingan komersial?

Saya tidak memikirkan mengenai kepentingan komersial dan siapakah yang dapat wang. Sudah tentunya, ada orang yang dapat wang apabila anda jual pasir. Kerajaan dapat wang mungkin (melalui) mengutip bayaran royalti atau apa-apa juga, tetapi ada orang yang akan terbabit, takkanlah semuanya hanya membabitkan Singapura sahaja. Ia tentulah satu usahasama, atau apa juga. Saya tidak berminat dengan aspek ini. Apa yang menarik minat saya ialah kita tidak boleh membina Singapura menjadi sebuah negara yang besar, dan pada masa inipun, ia bukanlah sebuah negara yang baik terhadap kita.

Bersambung...

Read more!

MENGAPA KITA TOLAK IFC? - Zikri

1. Apakah Interfaith Commision (IFC)?

IFC yang nama asalnya ialah IRC – Inter Religous Council (IRC) adalah sebuah suruhanjaya yang dicadangkan penubuhannya seperti sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesetengah agama (baca: agama Islam) akibat desakan penganut agama lain. Badan ini berfungsi mirip sebuah mahkamah dan segala keputusannya adalah muktamad ke atas agama yang bersabit. IFC juga juga akan berfungsi seperti SUHAKAM yang menerima dan melayan aduan-aduan berkaitan dengan agama.

2. Siapakah yang mencadangkan penubuhan IFC?

IFC digagaskan penubuhannya oleh Malaysian Consultative Council Of Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism (MCCBCHS) atau pun Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh melalui memorandumnya kepada Majlis Peguam bertarikh 21 Ogos, 2001. Presiden MCCBCHS ialah V. Harcharan Singh.


3. Siapakah yang paling bersemangat menyokong penubuhan IFC?

Majlis Peguam terutamanya Jawatankuasa Kecil Hak Asasi Manusia amat kuat menyokong penubuhan IFC dan amat berharap ia akan berjaya. Kronologinya seperti berikut:

3.1 Pada 8 Ogos, 2001, Majlis Peguam telah menerima satu memorandum daripada MCCBCHS mengenai perkara ini dan selepas itu ide penubuhan IRC berjalan dengan lancar.

3.2 Pada 10 Disember, 2001, Majlis Peguam menganjurkan forum mengenai ‘Kebebasan Beragama’ dan menerbitkan jurnal khas bernama INSAF.

3.3 Pada 8 Disember, 2001 satu perayaan ‘Festival of Rights’ diadakan dengan tema ‘Kebebasan Beragama’.

3.4 Pada 17 Mac, 2003 bengkel untuk menimbang keperluan wujudnya IRC diadakan. Bengkel ini gagal apabila kesemua NGO Islam menarik diri daripada terlibat dengan penubuhan suruhanjaya ini iaitu ABIM, ACCIN , JUST dan Sisters In Islam termasuk Dr Chandra Muzaffar yang menjadi antara orang awal yang mencadangkan dialog antara kepercayaan. Bagaimana pun Sisters In Islam kemudian menyertai semula dan menyokong penubuhan suruhanjaya ini.

Pada pertengahan tahun 2004, satu persidangan mengenai penubuhan IRC diadakan. Bagi menunjukkan wujudnya sokongan, penganjur seminar telah melantik kesemua ahli Jawatankuasa Kecil Syariah Majlis Peguam sebagai ahli jawatankuasa penganjur tanpa pengetahuan mereka.

3.5 Mengemukakan draf ketiga undang-undang penubuhan IFC bertarikh Januari 2005 kepada persidangan cadangan penubuhan IFC.

4. Apakah matlamat penubuhan IFC?

Matlamat IFC ialah untuk meminda beberapa ajaran asas Islam yang bakal merugikan orang Islam dan berpihak kepada kepentingan orang-orang bukan Islam.

5. Apakah tuntutan orang-orang bukan Islam yang dibuat melalui IFC?

5.1 Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

5.2 Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

5.3 Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.

5.4 Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

5.5 Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.

5.6 Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.

5.7 Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pesakanya selepas kematiannya.
5.8 Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid. Kerajaan juga perlu membenarkan pembinaan rumah-rumah ibadat orang bukan Islam tanpa perlu adanya peraturan-peraturan tertentu.

5.9 Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.
Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

5.10 Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

5.11 Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

5.12 Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

5.13 Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

6. Apakah bahayanya penubuhan IFC terhadap Islam?

Berdasarkan draf undang-undang penubuhan IFC, suruhanjaya ini jika ditubuhkan amat berbahaya kepada Islam dari sudut:

6.1 Membuka ruang seluas-luasnya untuk orang bukan Islam mencampuri hal ehwal agama Islam. IFC jelas sebuah suruhanjaya anti Islam. Ini adalah campurtangan orang bukan Islam dalam hal ehwal agama Islam. Hak perlembagaan bagi mengamalkan agama sendiri (Artikel 11(1) Perlembagaan Persekutuan – Freedom of religion (Kebebasan beragama) tidak berlanjutan kepada mempersoalkan agama lain dan tidak sampai menuntut ajaran agama orang lain dipinda semata-mata untuk disesuaikan dengan kepentingan sendiri. Orang-orang bukan Islam berhak untuk menuntut hak mereka mengamalkan agama sendiri tetapi tidak sampai mempersoalkan dan campurtangan urusan agama Islam. Campurtangan ini amat bahaya. Perkara yang berkaitan dengan agama Islam hendaklah diselesaikan oleh mereka yang berkelayakan di dalam Islam sendiri.

6.2 Menjadikan undang-undang Allah mesti tunduk kepada norma-norma antarabangsa yang dicipta oleh manusia yang menjejaskan aqidah. Norma-norma antarabangsa tersebut ialah:

- Deklarasi Hak Asasi Sejagat 1948
- Konvensyen untuk menghapuskan semua jenis diskriminasi terhadap wanita (disahkan oleh Malaysia pada 5 Julai 1995)
- Konvensyen mengenai hak kanak-kanak.
- Deklarasi untuk menghapuskan semua bentuk ketidaktoleransi dan diskriminasi berasaskan agama.
- Deklarasi mengenai hak-hak orang untuk mempunyai kewargaan, sukukaum, agama dan bahasa minoriti.
- Deklarasi Vienna dan plan tindakan.

6.3 Kesemua norma antarabangsa tersebut belum disahkan oleh Malaysia kecuali yang dinyatakan sebaliknya. IFC menuntut supaya agama mestilah mengikut ketentuan norma antarabangsa di atas. Norma antarabangsa tersebut tidak membezakan antara orang Islam dan bukan Islam.

6.4 Bagi orang Islam, peraturan untuk kehidupan mereka bukan lagi Islam tetapi norma-norma antarabangsa tersebut yang dicipta oleh manusia. Apa sahaja ajaran Islam yang bertentangan dengan norma antarabangsa hendaklah dihapuskan. Ini bermaksud, Allah mesti tunduk kepada norma antarabangsa. Ini menjejaskan aqidah seorang Muslim.

6.5 Orang Islam bebas melakukan apa sahaja. Manusia adalah bebas. Begitu juga orang Islam adalah bebas. Mereka bebas melakukan apa sahaja termasuk mengamalkan ajaran agama lain tetapi masih boleh mengaku sebagai seorang Muslim atas nama kebebasan beragama. Kebebasan agama ini dijamin oleh norma antarabangsa di atas.

6.6 Orang Islam bebas untuk murtad. Deklarasi sejagat mengenai hak asasi manusia menyatakan ‘setiap orang mempunyai hak untuk bebas berfikir, suara hati dan agama. Ini termasuk kebebasan menukar agama....(artikel 18)’.

6.7 Ini bermaksud status sebagai seorang Muslim bukan ditentukan oleh Tuhan tetapi ditentukan oleh manusia. Berdasarkan norma antarabangsa, Islam tidak berhak menghalang penganutnya keluar daripada Islam kerana itu dibenarkan oleh norma antarabangsa.

6.8 IFC berhak menentukan status agama seseorang.

6.9 Seseorang yang ingin murtad boleh mengemukakan permohonannya kepada IFC. Permohonannya akan ditentukan oleh ahli-ahli IFC yang diantaranya adalah bukan Islam. Ini adalah campurtangan yang amat nyata dalam hal ehwal agama Islam. Jabatan Pendaftaran Negara tidak berhak menolak permohonan seseorang untuk menukar nama daripada nama Islam kepada bukan Islam dengan alasan suatu percubaan untuk murtad. Jika permohonan ditolak ini menjejaskan keharmonian dan kebebasan beragama. Perkara ini terkandung di dalam seksyen 19(3) draf undang-undang IFC.

7. Apakah sikap PM dan menteri?

Menurut kenyataan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi, penubuhan IFC cuma ditangguhkan. Penubuhannya tidak pernah dihalang. Jawatankuasa Kaukus Parlimen Berkenaan Hak Asasi Manusia melalui pengerusinya, Dato’ Sri Mohamed Nazri Aziz yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri sepakat bersama 50 NGO menolak penggunaan undang-undang dalam menjaga moral individu. Ini kerana moral adalah hak peribadi individu dan kewujudan undang-undang untuk mengawalnya dikira melanggar hak asasi manusia. Kenyataan ini bermaksud, peraturan dan undang-undang Islam tidak boleh digunakan untuk mengawal akhlak orang Islam atau dengan kata lain, Al-Quran dan hadis tidak terpakai dalam kehidupan individu. Orang Islam bebas melakukan apa sahaja atas tiket “hak asasi manusia”. Kenyataan ini nampaknya selari dengan tuntutan IFC.

7. Apakah sikap kita?

Menentang sekeras-kerasnya penubuhan IFC dan mengutuk sikap Umno yang bersekongkol dengannya . Kita sanggup mati demi agama kita. Penubuhannya bukan sekadar perlu ditangguhkan, tetapi jangan sama sekali dibenarkan. Semua saluran perlu digunakan untuk menghalang penubuhan IFC.

Sumber: zikri.blogspot.com

Read more!

Sunday, May 14, 2006

LETAK JAWATAN: SHAHRIR SILAP LANGKAH


Oleh: Lee Ban Chen

Dalam kekecewaan dan tanpa berfikir panjang, Datuk Shahrir Abdul Samad, telah mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Pengerusi Kelab Ahli Parlimen Barisan Nasional (BBC) selepas tindakannya menyokong usul pembangkang demi mempertahankan integriti Parlimen, tidak disokong oleh ahli BBC yang lain.

Dan empat hari kemudiannya, beliau menyatakan kesediaan untuk mengakuri keputusan Jawatankuasa BBC yang berura-ura hendak mengekalkan jawatannya sebagai pengerusi Kelab tersebut dalam mesyuarat yang dijadualkan pada 9 Mei 2006. Nampaknya, selepas meletak jawatan, beliau berada dalam kedudukan yang amat pasif sekali. Pertama, apabila mengumumkan peletakan jawatan, beliau telah menegaskan bahawa ia bukan soal kecewa atau tidak, tetapi melibatkan soal prinsip. Jika rakan-rakan lain tidak bersetuju dengan prinsip kepimpinan, beliau kena tarik diri. Kedua, beliau telah menemui Ketua Whip Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak dan mengaku telah melanggar arahan BN kerana menyokong usul pembangkang.

Oleh itu, beliau rela meletakkan jawatan sebelum dikenakan tindakan disiplin. Dan peletakan jawatannya telah diterima oleh Najib. Tetapi Shahrir kemudiannya menelan semula kata-katanya sekarang apabila berpendapat dia tidak perlu mengekalkan keputusannya kerana pemilihan pengerusi BBC dilakukan oleh ahli kelab terbabit dan bukannya Ketua Whip BN. Jika demikian halnya, apa perlu beliau menemui Najib dan mengulangi pendiriannya untuk meletak jawatan sebagai pengerusi BBC? Adakah beliau sangka Najib akan memujuknya supaya menarik balik peletakan jawatannya?

Tidak perlu dipujuk


Yang menutup terus peluang beliau untuk kembali menyandang jawatan pengerusi BBC ialah sikap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang menganggap Shahrir tidak perlu dipujuk kerana ahli Parlimen Johor Bahru itu sendiri yang meletak jawatan dan tidak mahu lagi menjadi pengerusi BBC. Abdullah juga menegaskan bahawa tindakan Najib menerima peletakan jawatan Shahrir adalah tepat.

Ini bermakna bukan sahaja Najib, malah Perdana Menteri juga menerima peletakan jawatan Shahrir, menjadikannya sebagai suatu hakikat yang tidak dapat diubah lagi! Malah, selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno pada malam 8 Mei 2006, Perdana Menteri telah meminta ahli Parlimen kerajaan supaya bertindak selari dengan kehendak parti. Ekoran itu, mesyuarat BBC untuk memilih semula Shahrir terpaksa dibatalkan! Ditinjau kembali keberanian Shahrir dalam menyokong usul pembangkang demi mempertahankan integriti Parlimen, tidak perlu dipertikaikan.

Namun, beliau mungkin telah tersalah langkah dalam beberapa aspek. Sepatutnya beliau tahu keputusannya menyokong usul pembangkang yang melanggar amalan BN selama ini sukar diterima oleh ahli BBC lain yang biasanya tidak mahu mengambil risiko dikenakan tindakan disiplin oleh parti. Jika beliau benar-benar yakin tindakannya menyokong usul pembangkang itu tidak bersalah dan merupakan prinsip yang tidak boleh dikompromikan, maka beliau patut bersedia untuk menghadapi segala akibatnya.

Timbulkan kesedaran

Sepatutnya Shahrir tidak meletak jawatan sebagai pengerusi BBC, sebaliknya menuntut dilakukan reformasi Parlimen seperti meminta ahli Parlimen BN dibenarkan mengundi mengikut suara hati sendiri demi menunaikan tanggungjawab kepada rakyat. Beliau sepatutnya memperjuangkan kepercayaan bahawa ahli Parlimen mempunyai kewajipan kepada pengundi, Parlimen dan negara, di samping kewajipan mematuhi arahan Ketua Whip untuk mengundi mengikut apa yang diputuskan parti dalam isu penting, antaranya undang-undang, kewangan, undi tidak percaya dan pembacaan kali kedua rang undang-undang.

Jika Shahrir berjaya mendapatkan sokongan kebanyakan ahli BBC berhubung cadangan reformasi itu dan tegas dengan pendiriannya, maka beliau akan berada di pihak yang benar demi reformasi Parlimen. Dalam keadaan ini, rasanya Majlis Tertinggi Umno akan lebih sukar dan terpencil jika ia berkeras hendak mengambil tindakan disiplin terhadap Shahrir, kerana beliau telah mendapat sokongan BBC dan pendapat umum dalam reformasi Parlimen demi integrasi dan fungsi Parlimen yang lebih unggul dan demokratik. Nampaknya BBC akan kehilangan Shahrir sebagai pengerusinya yang berpinsip tetapi kurang berfikir panjang sebelum bertindak.

Moga-moga pengorbannya tidak sia-sia saja, kerana lebih ramai rakyat amnya dan ahli Parlimen khasnya telah menginsafi amalan ahli Parlimen BN dilarang menyokong usul pembangkang adalah tidak munasabah dan tidak menguntungkan rakyat dan negara pada keseluruhannya!

LEE BAN CHEN, yang dilahirkan di Johor, pernah diusir dari Singapura oleh Lee Kuan Yew pada tahun 1966. Pasa masa itu, Ban Chen sedang melanjutkan pelajarannya di Universiti Nanyang. Beliau juga pernah ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama tujuh tahun dari 1967 kerana terlibat dalam pemogokan petani di Ladang Bukit Asahan, Melaka and Ladang Triang, Pahang. Ban Chen juga pernah bertugas sebagai editor di akhbar Sin Chew Jit Poh selama satu tahun pada 1976.


Read more!

Tuesday, May 09, 2006

A JUST PEACE OR NO PEACE



Israeli unilateralism is a recipe for conflict
as is the west's racist refusal to treat Palestinians as equals

Ismail Haniyeh
Friday, March 31, 2006
The Guardian

Do policymakers in Washington and Europe ever feel ashamed of their scandalous double standards? Before and since the Palestinian elections in January, they have continually insisted that Hamas comply with certain demands. They want us to recognise Israel, call off our resistance, and commit ourselves to whatever deals Israel and the Palestinian leadership reached in the past.

But we have not heard a single demand of the Israeli parties that took part in this week's elections, though some advocate the complete removal of the Palestinians from their lands. Even Ehud Olmert's Kadima party, whose Likud forebears frustrated every effort by the PLO to negotiate a peace settlement, campaigned on a programme that defies UN security council resolutions. His unilateralism is a violation of international law. Nevertheless no one, not even the Quartet - whose proposals for a settlement he continues to disregard, as his predecessor Ariel Sharon did - has dared ask anything of him.

Olmert's unilateralism is a recipe for conflict. It is a plan to impose a permanent situation in which the Palestinians end up with a homeland cut into pieces made inaccessible because of massive Jewish settlements built in contravention of international law on land seized illegally from the Palestinians. No plan will ever work without a guarantee, in exchange for an end to hostilities by both sides, of a total Israeli withdrawal from all the land occupied in 1967, including East Jerusalem; the release of all our prisoners; the removal of all settlers from all settlements; and recognition of the right of all refugees to return.

On this, all Palestinian factions and people agree, including the PLO, whose revival is essential so that it can resume its role in speaking for the Palestinians and presenting their case to the world.

The problem is not with any particular Palestinian group but with the denial of our basic rights by Israel. We in Hamas are for peace and want to put an end to bloodshed. We have been observing a unilateral truce for more than a year without reciprocity from the Israeli side. The message from Hamas and the Palestinian Authority to the world powers is this: talk to us no more about recognising Israel's "right to exist" or ending resistance until you obtain a commitment from the Israelis to withdraw from our land and recognise our rights.

Little will change for the Palestinians under Olmert's plan. Our land will still be occupied and our people enslaved and oppressed by the occupying power. So we will remain committed to our struggle to get back our lands and our freedom. Peaceful means will do if the world is willing to engage in a constructive and fair process in which we and the Israelis are treated as equals. We are sick and tired of the west's racist approach to the conflict, in which the Palestinians are regarded as inferior. Though we are the victims, we offer our hands in peace, but only a peace that is based on justice. However, if the Israelis continue to attack and kill our people and destroy their homes, impose sanctions, collectively punish us, and imprison men and women for exercising the right to self-defence, we have every right to respond with all available means.

Hamas has been freely elected. Our people have given us their confidence and we pledge to defend their rights and do our best to run their affairs through good governance. If we are boycotted in spite of this democratic choice - as we have been by the US and some of its allies - we will persist, and our friends have pledged to fill the gap. We have confidence in the peoples of the world, record numbers of whom identify with our struggle. This is a good time for peace-making - if the world wants peace.

Ismail Haniyeh is the new Palestinian prime minister and a Hamas leader.

Read more!

JAMBATAN BENGKOK: SURAT TERBUKA TUN DR. M


Surat Terbuka Tun Dr. Mahathir mengenai Jambatan Bengkok
Oleh YBhg Tun Dr. Mahathir Mohamad

Saya menulis surat terbuka ini sebagai seorang rakyat Malaysia yang cintakan negara untuk sesiapa saja yang ingin membacanya. Fakta-fakta yang terkandung dalam surat ini perlu saya hebahkan dengan cara ini kerana pada akhir-akhir ini tidak banyak lagi kenyataan saya yang disiarkan, sama ada oleh media massa elektronik atau cetak, walaupun mereka menghantar wakil untuk menghadiri sidang akhbar saya. Mengenai isu di atas, saya telah menyatakan pandangan saya iaitu Kerajaan Malaysia telah gagal mempertahankan kedaulatan negara. Akibat daripada itu negara mengalami kerugian berbilion ringgit. Wang ini adalah wang rakyat.

Saya juga mahu rakyat faham sikap dan tindak-tanduk Kerajaan Singapura serta dakwaan Kerajaan Malaysia yang ia memberhentikan pembinaan jambatan itu kerana isu undang-undang dan kerana sentimen rakyat yang tidak sanggup menyerahkan ruang udara serta penjualan pasir kepada Singapura, dan ini disalahertikan secara sengaja bahawa rakyat tidak mahu jambatan. Rakyat mahu jambatan tetapi menolak syarat Singapura, kerana ia tidak berasas dan bukan hak Singapura.

Singapura sangat gemar mencetak surat-menyurat antara pemimpinnya dengan pemimpin Malaysia dengan tujuan membuktikan yang ia di pihak yang benar. Kerajaan Malaysia sekarang percaya bahawa dengan tidak menyanggah kempen memutarbelitkan oleh Singapura, masalah yang dihadapi akan selesai dengan sendirinya. Tetapi ini angan-angan yang tidak akan jadi kenyataan. Di dalam amalan diplomatik, surat-surat yang ditulis oleh suatu pihak dengan memetik persetujuan-persetujuan lisan yang kononnya dicapai di dalam rundingan tidak rasmi di kalangan pemimpin, adalah tidak sah. Untuk menjadikan ianya sah, rundingan hendaklah dicatat dan dirakam dengan sempurna, disahkan dan ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak. Kenyataan yang dibuat di dalam sidang akhbar oleh salah satu pihak tanpa pengesahan pihak satu lagi juga adalah tidak sah. Encik Lee Kuan Yew, ketika dia menjadi Menteri Kanan Singapura, sangat gemar meminta diadakan pertemuan empat mata tanpa agenda yang sempurna dan kemudian merakamkan hasil pertemuan itu di dalam suratnya sendiri kepada pihak ketiga. (Sila Rujuk Apendiks 1)

Berdasarkan surat-surat itu juga, dia harap rakan sejawatnya akan menyetujui kandungannya dan oleh yang demikian terikat dengan kandungan surat-surat itu. Dia tidak mengambil kira jika catatannya tidak dianggap tepat dan tidak disahkan.Saya menganggap apa-apa pun yang tidak menepati amalan diplomatik sebagai tidak sah. Tanggapan beliau adalah tanggapan beliau sahaja, tidak Iebih dan tidak kurang. Tindakannya mencetak surat-suratnya sebagai bukti bahawa saya telah bersetuju tidak bermakna sama sekali. Hanya jika saya membalas surat itu dan mengesahkan perkara-perkara tertentu, barulah perkara-perkara berkenaan boleh dianggap benar. Tetapi sama ada ia sah dan kita terikat dengannya, bergantung pada pengesahan dan persetujuan kedua-dua belah pihak, secara rasmi.

Berdolak-dalik mengenai apa yang disebut pakej dan ketidakmampuan mencapai sebarang persetujuan adalah kerana kelulusan yang berasaskan pakej tidak praktikal. Jika persetujuan tidak boleh dicapai mengenai mana-mana satu perkara maka persetujuan tidak boleh dicapai bagi semua perkara dalam pakej itu.Atas sebab inilah yang saya mencadangkan dan Encik Goh Chok Tong bersetuju iaitu kita menyelesaikan perkara demi perkara secara berasingan. Ini siperakukan dan diterima oleh Encik Goh Chok Tong selaku Perdana Menteri melalui surat bertarikh Oktober 14 2002 yang antara lain menyebut. (Sila Rujuk Apendiks 2)

Pada penghujung pertemuan (di Hanoi) anda berkata kita perlu mencuba menyelesaikan isu air, lagi cepat lagi baik. Saya bersetuju...

Tetapi di dalam surat yang sama, Encik Goh Chok Tong berkata;

Oleh yang demikian, saya tidak menjangka menerima surat anda bertarikh 7 hb Oktober pada l0 hb Oktober di mana anda menyatakan Malaysia telah memutuskan untuk tidak meneruskan pendekatan pakej

JAMBATAN.

Setelah menolak pendekatan pakej, saya membuat jangkaan yang isu pembinaan jambatan tidak akan dikaitkan dengan sebarang isu lain. Saya menaruh harapan yang sangat tinggi apabila isu pembinaan jambatan disebutkan di dalam surat-surat Menteri Kanan Lee Kuan Yew dan Perdana Menteri Goh Chok Tong. Dalam sepucuk surat kepada Tun Daim Zainuddin, Lee berkata. (Sila Rujuk Apendiks 1 perenggan 6)

Mengenai cadangan Mahathir membina Jambatan Tambak, Perdana Menteri saya (Goh) bersetuju dengannya tetapi mencadangkan agar kita tidak merobohkan Tambak Johor.

Nampaknya rakyat Singapura lebih menyetujui jika kedua-dua jambatan baru dan Tambak Johor ada. Ini tentulah tidak masuk akal kerana cadangan pembinaan jambatan baru adalah bertujuan membuka laluan di antara kedua-dua belah di Selat Tebrau supaya air boleh mengalir tanpa sekatan. Ia bukan bertujuan menambah kapasiti hubungan antara Singapura dan Johor. Jika ini berlaku, ia hanyalah satu kebetulan. Satu lagi hujah menarik Encik Lee ialah (sekiranya Singapura bersetuju dengan pembinaan jambatan itu);

Singapura akan menambak laut di sebelah wilayahnya hingga ke sempadan dengan Malaysia. (surat Menteri Kanan Lee kepada Dr Mahathir bertarikh Sept 8, 2001). (Sila Rujuk Apendiks 3)

Sempadan antara Singapura dan Malaysia di Selat Tebrau adalah dasar laut yang paling dalam. Bagaimanapun, bagi Tambak Johor sempadannya adalah di tengah-tengah jambatan. Jika Singapura menambak laut di sebelah wilayahnya sehingga ke sempadan, ia bererti hanya laut di sebelah Malaysia akan kekal. Jadi apa halnya dengan konsep sempadan berasaskan dasar laut paling dalam? Dalam surat yang sama kepada Daim, Menteri Kanan Lee berkata. (Sila Rujuk Apendiks 1 perenggan 12)

Saya sentiasa memaklumkan inisiatif saya kepada Perdana Menteri saya. Dia (Perdana Menteri Goh) bagaimanapun, berkata dia menyerahkan hal ini kepada saya sehingga peringkat akhir apabila dia akan mengkajinya dengan teliti sebelum memberi sebarang persetujuan.

Menteri Kanan Lee juga menulis di dalam perenggan 12 surat berkenaan; semua nota atau surat yang saya hantar kepada anda dan kepada Mahathir dan sebaliknya perlulah dianggap sebagai Tanpa Prejudis (Without Prejudice) iaitu tidak akan ada sebarang perjanjian sehingga semua perkara dipersetujui dan ditandatangani oleh kedua-dua Perdana Menteri. Jelas bahawa Menteri Kanan Lee tidak diberi kuasa untuk memutuskan apa-apa kerana beliau perlu memaklumkannya kepada Perdana Menteri Goh untuk dikaji sebelum dipersetujui. Jika tidak, maka tidak akan ada sebarang persetujuan mengenai semua perkara sehinggalah diperakui dan ditandatangani oleh kedua-dua Perdana Menteri. Dalam jawapan kepada cadangan saya agar terminal Keretapi Tanah Melayu dibina di Johor Baru, Menteri Kanan Lee, melalui surat bertarikh 10 Disember 2001 berkata; (Sila Rujuk Apendiks 4 perenggan 10)

Saya harap anda juga akan menimbangkan kepentingan jangka panjang dan nilai perkhidmatan KTM. Sejak tahun 1923 kereta api merupakan perhubungan yang sangat berharga.Saya rasa mengekalkan hubungan kereta api antara Kuala Lumpur dan Singapura menguntungkan kedua-dua buah Negara.Bagaimanapun, oleh sebab KTM milik negara anda, Singapura akan mematuhi keputusan anda.

Dalam surat ini, Menteri Kanan Lee berikrar mematuhi keputusan saya. Namun beliau boleh juga berkata Perdana Menteri Goh tidak bersetuju dan segala surat-menyurat kami adalah tanpa prejudis. Namun begitu, apabila beliau atau Perdana Menteri Goh Chok Tong dan saya sendiri menurunkan pandangan-pandangan kami dalam bentuk tulisan, ia menggambarkan apa yang kami fikirkan. Tetapi oleh sebab ia dilakukan tanpa prejudis, kami tidak terikat dengan apa yang kami katakan.Justeru itu, tidak timbul persoalan berdolak-dalik atau memindahkan tiang gol. Kedudukan tiang gol belum diputuskan. OIeh sebab apa yang dilakukan itu berasaskan konsep tanpa prejudis, maka ia tidak Iebih daripada cadangan sahaja.Dalam surat bertarikh 11 April 2002 Perdana Menteri Goh menyebut;. (Sila Rujuk Apendiks 5)

Saya sekarang memutuskan untuk mengendalikan sendiri perbincangan kita mengenai pakej dua hala.

Sekarang barulah seorang yang berkuasa bercakap (bagi pihak Singapura). Di dalam apa yang boleh dianggap sebagai komitmen mutakhir, Perdana Menteri Goh menulis (kepada saya):

Di antara sebuah jambatan baru bagi menggantikan keseluruhan Tambak, dan yang menggantikan hanya bahagian di sebelah Malaysia, saya lebih suka kepada pilihan pertama. Sebaik sahaja jambatan baru siap, Tambak bolehlah dirobohkan, yang mana saya gembira jika dilakukan selepas tahun 2007. Tetapi sekiranya anda mahu menggantikan Tambak di sebelah negara anda dengan sebuah jambatan dengan serta-merta, saya akan menyetujuinya, walaupun pada pendapat saya ini tidaklah ideal.

Apakah kesimpulan yang boleh kita buat kepada kenyataan ini? Tidak pun disebut mengenai pasir dari Malaysia dan pembukaan ruang udara kepada kapal terbang tentera Singapura. Juga tidak disebutkan tentang nostalgia, hanya keutamaan supaya Tambak dirobohkan selepas tahun 2007. Sekarang dihujahkan pula bahawa jika Malaysia sentuh paip yang membawa air ke Singapura, ia adalah tindakan perang (act of war). Adakah ini perisytiharan perang? Peruntukan Wayleave Agreement dengan Singapura cukup jelas.

Berikut adalah apa yang dipersetujui mengenai paip air; That the Licensee (Singapore) shall take full responsibility financially or otherwise for any alteration to the pipeline that may become necessary by reason of any alterations or improvements made or to be made on the Johor Causeway and on receiving not less than six months previous notice in writing from the Licensors (Malaysia) shall thereupon carry out the alteration in accordance with such notice and shall have no claim for any compensation.

Terjemahanya: Bahawa Pemegang Lesen (Singapura) akan mengambil sepenuh tanggungjawab kewangan atau sebaliknya bagi sebarang pindaan kepada saluran paip apabila ia diperlukan untuk sebarang pengubahsuaian atau pembaikan atau yang diperlukan di Tambak sebelah negeri Johor dan apabila menerima notis bertulis enam bulan sebelumnya daripada Pelesen (Malaysia) akan melakukan pengubahsuaian itu seperti yang disebutkan di dalam notis tanpa sebarang tuntutan ganti rugi.

Perjanjian itu tidak menyebut mengenai hak Pemegang Lesen (Singapura) mengingkarinya. Peruntukan akan melaksanakan pengubahsuaian (Shall carry out the alteration) sangat jelas dan kuat. Singapura wajib melaksanakan pengubahsuaian itu. Tetapi jika Singapura ingkar, ia mungkin merupakan tindakan perang dan bukan sebaliknya. Apabila kerja awal pembinaan jambatan dimulakan tidak ada protes dan tidak ada permintaan membeli pasir atau menggunakan ruang udara kita. Sekarang pembinaan jambatan di sebelah wilayah kita pun nampaknya tertakluk kepada syarat kita membekalkan berjuta meter padu pasir kepada Singapura untuk menambak laut dan membuka ruang udara kita kepada jet tentera udaranya. Daripada mana datang semua syarat ini? Apakah kaitan antara perluasan wilayah Singapura dengan kita membina jambatan di dalam wilayah kita sendiri? Tindak-tanduk Singapura mengaitkan pembinaan jambatan di wilayah kita dengan tuntutan kita menjual pasir dan membuka ruang udara kepadanya tidak berasas sama sekali.

Mengapa Kerajaan Malaysia perlu bersetuju memberi pasir dan membuka ruang udara kepada Singapura, jika tidak terpaksa memberhentikan pembinaan jambatan bengkok di wilayah kita sendiri adalah di luar kemampuan saya memahaminya. Adalah hak rakyat Malaysia tidak menjual pasir kepada Singapura atau membuka ruang udara kepadanya. Tetapi rakyat tidak pernah mengatakan yang mereka bersedia mengorbankan projek jambatan. Yang mereka tidak mahu adalah mengalah kepada tuntutan Singapura supaya kita menjual pasir dan membuka ruang udara. Mereka mahukan jambatan tetapi mereka juga mahu Kerajaan mereka menyanggah tuntutan Singapura kerana di segi undang-undang Malaysia tidak perlu melayan syarat-syarat Singapura. Tindak-tanduk Singapura ini telah dijangkakan. Tetapi Kerajaan Malaysia gagal mempertahankan kedaulatan negara.

Di samping itu, ia telah menyebabkan kerugian berbilion ringgit wang rakyat jelata. Biarlah rakyat Malaysia, khasnya orang Melayu, Melayu Johor terutamanya, ingat bahawa lnggeris telah menipu Sultan untuk menyerahkan Singapura dengan percuma kepada mereka (Inggeris). Seperti Pulau Pinang, Lumut dan Melaka, Singapura sepatutnya dikembalikan kepada kita apabila lnggeris melepaskan hak mereka. Tetapi Singapura telah menjadi begitu asing keadaannya sehingga ia tidak boleh lagi menjadi sebahagian daripada Malaysia. Apakah Malaysia sekarang akan memberi lebih banyak tanah kepada Singapura supaya ia boleh memperluaskan wilayahnya dan menambah bilangan penduduknya? Menyerahkan dasar laut kita kepada Singapura tidak ada bezanya dengan memberikan bumi kita kepada Singapura. Kesudahannya ialah perluasan wilayah Singapura. Ia tidak ada bezanya dengan menyerahkan sebahagian daripada Johor untuk tujuan ini. Apakah kita begitu miskin sehingga kita perlu menjual sekeping bumi kita kepada orang lain? Generasi rakyat Malaysia yang akan datang, sama ada Melayu atau Johor, akan menyumpah kita jika kita melakukan semua ini sedangkan kita berhak membina jambatan di atas bumi dan laut kita sendiri sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. Cukuplah kita menyerahkan Singapura (kepada Inggeris). Tidak perlulah kita menyerahkan lagi tanah kita kepada Singapura walaupun ada orang yang berpendapat kita hanya boleh membina jambatan di negara kita jika Singapura bersetuju. Rakyat Malaysia tidak pernah mengatakan demikian.

Janganlah ada sesiapa yang menyumbat hujah ke dalam mulut mereka semata-mata kerana orang itu takut untuk mempertahankan hak dan kedaulatan negara serta rakyat Malaysia.

Dr. Mahathir bin Mohamad.

Read more!